Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Wednesday, February 22, 2012

4 faktor wanita layak menghuni syurga :)

Mengapa ramai wanita menjadi penguni nerak sedangkan golongan hawa mudah masuk ke syurga? rasullah SAW bersabda yang bermaksud:

"sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit ialah wanita( hadis riwayat muslim dan ahmad). sabda baginda rasul ini sungguh menakutkan dan menginsafkan wanita.Justeru, apakah usaha wanita untuk merebut syurga allah?"

Abu hurairah r.a berkata rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila wanita mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada ramadan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya,maka dia akan masuk syurga dari pintu-pintu yang kehendakinya."

Dalam wasiat yang agung ini, Nabi muhammad memberi beberapa sebab yang membolehkan wanita menjadi ahli syurga

  • solat fardu yang lima
  • berpuasa pada ramadan
  • menjaga kemaluan
  • taat kepada suami dalam segenap hal kecuali terhadap perkara yang menderhaka kepada allah

maaf ya penat menaip, baca sendiri kalau nak tahu lebih lanjut, majalah aniqah bulan feb punya :)

Monday, February 20, 2012

yang punya

hye blogger.tuinggg.. lama tak update kan. sangat la boring nak update apa entah. balik kerja jeh tidur, pengsan. letih macam kerja kontrek.hihihi. aku baru jeh kehilangan nenek . tersangat la sedih. mcm tak boleh terima jeh dia pergi buat selama-lamanya, tapi aku kena terima juga. kesedihan aku sampai bawak ke tidur. nangis dalam tidur, sedih teringat nenek bila dia masih hidup dia datang rumah aku. terbayang2 dia masih ada dibilik

Dalam masa yang sama aku sedih sebulan tak jumpa zul, sama-sama busy. tapi tak peh. bila lama tak jumpa nanti rinduu tuh bertukar jadi sayang yang melampau. bila rinduu peluk pillow,peluk elmo. tapi takda la nak nangis bagaikan :) ok jumpa next post. entah tak tahu bila lagi. bubye :) love you 




Wednesday, January 25, 2012

customer is always right

assalammualaikum. aku seorang yang bodoh untuk berblogger. bodoh nak update, zaman kerja bukan lagi zaman sekolah. balik sekolah je update blog. pergi sini update blog, pergi sana update blog. jumpa encik boyfriend pun nk update. tidak lagi semua tuh. aku memang bz dengan kerja. blog terabai begitu sahaja, balik kerja letih tidur awal. kalau blog ni bernyawa mesti makan hati kan. hari-hari aku penuh manusia-manusia. aku menghadap pelbagai jenis manusia. hanya perlu senyum jika salah atau betul. 'customer is always right' 

sudah setahun aku kerja, alhamdulillah aku gembira, aku makin gemuk sebab bos aku murah rezeki dengan makanan, aku bersyukur. walaupun gaji aku belum memuaskan bagi aku. pelahan-pelahan aku terima. aku sayang semua staff  tmdesign. aku tahu mereka juga sayang aku, sebab tuh meraka tak bagi aku berhenti. ok bye jumpaa post yang akan datang :)  .fttttttttttsssss :)



Sunday, January 1, 2012

cinta milik kita kan?

assalammualaikum :) selamat tahun baru. sorry lambat wish. sebab dalam kesedihan. yee jujur memang dalam kesedihan, lepas 1minggu tak text dengan ZA, ya allah aku memang tak kuat tanpa dia. aku cuba kuat kan diri aku tanpa dia. tapi aku kalah,jatuh. aku memang dah redha kalau jodoh aku bukan dengan dia. walaupun dah 4tahun. tiap-tiap malam tidur dengan airmata sahaja. :( tuhan jeh tahu kesedihan aku. 

semalam tahun baru kesedihan aku berakhir setelah ZA call,senyuman lebar. ya allah aku tersenyum dengan airmata. dia ngaku tak boleh hidup tanpa aku juga, begitu juga aku. cuma lelaki ni ego sangat. mcm haram jadah. cuba cool skit:) esok nak jumpa nak belasah. nak tikam ZA bertubi-tubi sebab suka buat aku marah.

kalau tak bergaduh bukan nya couple nama nya tuh, adat lah kan bergaduh baik bergaduh baik. :) insyallah tahun ni tunang :) 

Wednesday, December 21, 2011

anniversary kek :)



10.dec. 2007
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. 10.dec.2011
alhamdulillah :)

Sunday, December 18, 2011

merah milik kita


assalammualaikum hye kawan-kawan lama sudah tak update,sebab blog dah muka baru,masih dalam blur lagi. hehehe. sebenarnya tak da benda penting pun nak cerita, cuma nak bgtahu sedikit sekarang dah gila dengan warna merah. kalau boleh semua nak warna merah. sampai supervisor pun dah pening semua nak warna merah. hehe. thnkss you ahfa beli kan wallet untuk i. hari tuh ahfa pergi china, awal-awal dah ketuk dia beli wallet warna merah. pandai dia cari.

cehhhhhh. korang nampak tak elmo tuh. hehee. encik boyfriend belikan hadiah anniversary :) thnkss you encik boyfriend. janji jaga elok ye. ouhh yang dengki sudah2 la ye. saya tak puja pun elmo ni. hanya suka2 sahaja :) tak tahu sapa puja sapa sekarang ni :) bye.selamat malam c(:

Saturday, December 3, 2011

galaxy tab :)

alhamdulillah rezeki tuhan bagi dapat jugak beli galaxy tab :)

jangan cakap untunglah. hehe. cuba sama-sama kita untung :), yang penting warna merah ok. semua nk warna nak warna sama elmo konon :) sekarang proses biasa-biasa dengan baby baru. blackberry tetap di hati :))

terima kasih ibu&bapak :)

Tuesday, November 1, 2011

tertekan bila ditekan-tekan


nak mula kan update pun tak tahu nk mula kan macam mane,sekarang memang tension bertambah hal-hal dengan tempat kerja, dan rumahtangga orang.sebab tuh aku tak suka nak tolong kawan bab2 hal rumahtangga ni,nanti aku pulak tension. tapi tak boleh sebab kawan tempat kerja, susah senang kena sama-sama. bukan tak boleh aku untuk tolong dia. tapi agak melampau hari-hari cerita kat aku dia bergaduh ngan husband dia. TIAP-TIAP HARI, sapa pun tak tahan kan, sebab aku ni belumnya kahwin pun, nak bantu lebih-lebih pun tak boleh. ibu ada cakap jangan dengar cerita rumahtangga orang nanti aku takut nak kahwin. HAHAHAHA. siod jehh ibu ni. tapi apa kan daya. sekarang cuba lari pelahan-pelahan dari dia, tapi kadang-kadang kesian pulak kan.

aku memang suka tolong orang, tapi aku terfikir , suatu hari jika aku susah ada ke orang nak tolong? sebab aku susah benda-benda kecik pun memang takda orang nak tolong, ni kan kalau aku ada masalah yang berat mcm aku sedang mendengar hari2 cerita orang. entah lah asam garam manusia memang macam ni kan.

Sunday, October 30, 2011

pen merah pen biru you marah iloveyou kakak pen merah


cehhhh tgk title aku, bangga jap, pen merah singgah blog aku,siap comment lagi.pen merah yang comel tuh. terima kasih kak sudi singgah, aku dengar nama pen merah besar jugak di antara blogger. setaraf cik epal. selalu baca nama kak pen merah di blog nisa menaip, smlm baru singgah blog pen merah :) sukaaa nyee kitaa


pen merah pen biru you marah iloveyou kakak pen merah. muaaaahhhhh c(: sila jeles yeee

Wednesday, October 26, 2011

kecewa dengan diri sendiri


kecewa sekali lagi, tersangat la kecewa, cincin couple hilang lagi.last tengok pagi tadi masa bekfes dengan supervisor. lepas tuh memang dah tak pasan mana cincin tuh, zul mesti kecewa lagi dengan aku. ni kali ke-4 dia beli. aku tahu hilang kan jeh. bukan sengaja pun. sorry la. walaupun zul cakap lembut serupa orang takda perasaan jeh, tapi tahu dah dia mesti kecewa. soryy sayangg. :(

besok nak cari betol2 kat office. pagi2 sampai terus cari. tak kira :( balik td jeh terus nangis, call zul mintak maaf,teruk nyaaa aku ni errrr. nak nangiss lagi. nak sambung nangis sampai jumpa cincin tuh. tapi kalau tak jumpa macam mane ehh korang? siyes aku teriakk kuat-kuat kat tm design


ZA, SORRYYYYYY .